Pages

motivasi

kuatkan usaha
pendinding dari sihir, pukau, orang berdengki khianat dan gangguan makhluk halus

1.jaga solat 5 waktu,
2.sentiasa membaca alquran
3. membaca 4 qul setiap lepas solat 5 waktu

surah kafirun
surah ikhlas
surah falak
surah annas

'Cerdik tapi suka maksiat'


Ibu risau tiga anak lulusan universiti bergelumang dosa dan noda

SAYA seorang ibu yang sudah membesar empat anak. Namun, tiga daripada anak saya tidak menjadi, bukan dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah sebagai orang Islam. Anak sulung saya perempuan, baik, berpendidikan dan sudah berkahwin.

Anak kedua, lelaki tidak pulang ke Malaysia sejak tamat belajar bertahun-tahun dulu. Mulanya, dia hendak kahwin dengan gadis Amerika Syarikat waktu belajar tetapi saya halang kerana mahu dia belajar dulu. Sejak itu dia tidak balik. Daripada anak saudara yg menuntut di sana, saya tahu tahu, kehidupannya bukan lagi seperti kehidupan orang islam.

Anak lelaki kedua, menghamilkan teman wanitanya sebelum mereka berkahwin. Manakala yang paling merunsingkan saya anak bongsu perempuan. Dia lari mengikut teman lelaki. Dia kerap bertukar teman lelaki, dan bila saya dan bapanya marah menasihatkan, dia lari. Bila dipujuk, dia meletak syarat kalau hendak dia balik , terima teman lelakinya.

Bukan saya tidak berkenan pada teman lelaki itu, tetapi saya mahu mereka buat dgn cara betul,. Berkahwin dan hidup normal macam org islam lain. Tetapi bila ditanya duit selalu tak ada, tetapi anak kita diangkutnya sana sini dan anak kita itu pun mengikut saja. Saya sudah habis cakap puan, ayahnya juga anak bongsu itu terlalu degil. Hendak bagi duit saya kahwinkan mereka, saya pun tak berduit.

Depan mata saya mereka selamba bergurau senda, cuit sana sini pegang tangan, tampar-tampar, ya allah.. tuhan saja yg tahu marahnya saya. Tetapi itulah, mungkin saya terlalu sayangkan anak. Bila cakap, dia lari, saya susah hati. Jadi saya ikutkan saja rentaknya.
Adik beradik saya puas menegur, tetapi saya diamkan saja, sebabnya saya sudah tidak tahu hendak buat apa. Daripada empat anak, semuanya bagus, semuanya lulusan universiti semuanya kerja baik-baik tetapi itu dunianya saja. Hanya seorang saya harap menjadi anak soleh bekal saya ke akhirat, tiga lagi hanya berjaya di dunia.. di sana nanti tak tahulah saya.


PERSAINGAN ADIK BERADIK
Apakah persaingan adik beradik?
Ia adalah perasaan cemburu, suka membanding, bertelingkah di antara adik beradik. Persaingan saudara kandung akan mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan. Ia bermula dari zaman kanak-kanak dan berterusan sehingga ke alam dewasa.
Kenapa persaingan berlaku?
Cemburu adalah punca utama dalam persaingan antara saudara kandung. Apabila salah seorang dalam keluarga mempunyai perasaan cemburu, dia akan sentiasa cuba membandingkan dirinya dan mencetuskan perkelahian dengan saudara kandungnya yang lain.
Apa akan terjadi jikalau persaingan sesama adik beradik timbul?
Timbul banyak perasaan tidak puas hati seperti:
  • Ketidakpuasaan hati terhadap ibu bapa
  • Sikap suka mendesak, memperkecilkan, bertengkar atau berkelahi sesama saudara kandung
  • Ketidakseimbangan pemberian kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa
  • Tidak mempunyai masa untuk bergembira bersama saudara kandung
  • Suka berdendam sesama saudara kandung
Perasaan ini akan menyebabkan tingkah laku yang negatif termasuk:
  • Biadab
  • Berkelakuan buruk di antara satu sama lain
  • Tidak menghormati sesama sendiri
  • Kerap bertengkar dan bertumbuk
  • Gembira apabila melihat saudara kandung lain dalam kesusahan
Apakah tindakan untuk menangani masalah persaingan ?
Kehidupan bukanlah untuk dibuat perbandingan.
Perasaan cemburu boleh dielak dan ditangani.
Cuba beberapa langkah untuk menangani persaingan saudara kandung ini:
  • Bila pengasingan berlaku - Bawa berjalan dan tinggal di bilik berasingan, sebelum kemarahan timbul
  • Berbincang dengan ibu bapa - mengenai pertelingkahan
  • Berbincang dengan saudara kandung - apa yang mengganggu perasaan anda
  • Tetapkan undang-undang - untuk mengelakkan salah faham
  • Membuat giliran semasa mengguna peralatan seperti Televisyen, Komputer, Telefon dan sebagainya
  • Amalkan sikap memberi dan menerima
  • Bekerjasama lebih baik dari bersaing
  • Bertolak ansur - elakkan dari meminta
  • Tunjukkan rasa hormat - anda akan dihormati
  • Tarik nafas dan kira 1 hingga 10 - apabila anda rasa marah atau kecewa
Apakah kesan jika tiada tindakan diambil untuk menangani masalah persaingan adik beradik?
Tidak mengambil apa-apa tindakan di dalam persaingan saudara kandung akan menimbulkan ketegangan dalam hubungan kekeluargaan di antara sesama saudara kandung. Ianya akan mengakibatkan:
  • Perasaan tidak selesa dengan kehadiran saudara kandung
  • Tidak dapat berkomunikasi dengan saudara kandung
  • Hilang kepercayaan dan hormat terhadap saudara kandung
  • Kurang penjagaan dan pemerhatian terhadap saudara kandung yang menyebabkan
    • Rasa terhina terhadap diri sendiri:
    • Rasa ia satu kegagalan
    • Rasa rendah diri
  • Permusuhan berterusan sesama saudara kandung
Di mana anda perlu mendapat bantuan?
Berbual, berkongsi perasaan dan minta nasihat dari:
  • Ibu bapa anda
  • Saudara kandung yang memahami anda
  • Kaunselor
  • Guru agama
ATAU
Dapatkan bantuan profesional seperti:
  • Pakar psikologi
  • Pakar Psikiatri


PENDERAAN SEKSUAL
Apa itu penderaan seksual?
  • Penderaan seksual adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks
  • Kerapkali kanak-kanak atau remaja tidak faham akan situasi ini dan tidak dapat menghalang/mengelak daripada situasi tersebut
  • Penderaan seksual selalu berkait dengan salahguna kuasa, kepercayaan dan tanggungjawab oleh pendera
Ia melibatkan kesemua aktiviti seks seperti:
  • Pendedahan kepada kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan
  • Pornografi
  • Sentuhan payudara, kemaluan dan melancap
  • Semua jenis hubungan seks termasuk seks oral, seks faraj dan seks dubur
Di mana penderaan seks biasanya berlaku?
Penderaan seksual boleh berlaku di :
  • Rumah
- Perbuatan ini dilakukan oleh ahli keluarga atau saudara mara
  • Luar rumah
- Perbuatan ini dilakukan oleh jiran, penjaga, guru, orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak atau remaja tersebut atau orang yang tidak dikenali

Apakah tanda-tanda /petunjuk lazim?
  • Kesakitan yang tidak dapat diterangkan seperti sakit kepala yang berulang-ulang, sakit abdomen yang berulang-ulang dan susah untuk tidur
  • Tanda-tanda trauma atau jangkitan seperti discaj dari faraj atau perdarahan daripada bahagian dubur
  • Kerisauan tinggi, keraguan dan kemurungan.
  • Kecelaruan konversif - kehilangan fungsi tubuh secara psikologikal
  • Mengalami jangkitan penyakit kelamin
  • Gangguan cara makan seperti anorexia nervosa dan bulimia nervosa
  • Perubahan kelakuan
  • Kelakuan seksual atau pengetahuan yang tidak berpatutan (seperti terlalu banyak melancap)
  • Kehamilan remaja
  • Penyalahgunaan dadah
  • Susah mengecam identiti lelaki/perempuan (seorang budak lelaki yang menjadi mangsa penderaan seksual oleh seorang lelaki dewasa tidak bermakna dia itu homosexual)
  • Kelakuan seksual yang tidak terkawal
  • Mencederakan diri sendiri
  • Tidak mahu pergi ke sekolah
  • Masalah kelakuan atau melakukan perbuatan jahat
  • Kemerosotan pencapaian akademik di sekolah atau tidak menumpukan perhatian ketika di sekolah
  • Kenyataan dari mangsa seperti 'dia menyentuh saya'
Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seks menunjukan tanda-tanda normal semasa pemeriksaan fizikal oleh doktor. Ini tidak bermakna penderaan seks tidak berlaku.
Apakah kesannya kepada mangsa?
Tiada siapa yang bersiap sedia untuk menghadapi penderaan seks.
Kesannya termasuk :
  • Perasaan marah
  • Perasaan bersalah
  • Perasaan iri hati
  • Perasaan malu
  • Takut akan keretakan keluarga
  • Konflik dalaman terhadap kasih sayang
  • Keliru
  • Merasa rendah diri
  • Merasa tidak berguna
  • Pandangan kacau bilau terhadap seks
  • Hidup terasing dan kurang mempercayai orang
  • Kecenderungan untuk bunuh diri
  • Gangguan personaliti
  • Garang
  • Mungkin akan jadi pekerja seks
Apa perlu dilakukan jika anda adalah mangsa penderaan seksual?
  • Ianya bukan salah anda.
  • Ianya merupakan satu kegiatan jenayah oleh orang yang memaksa anda ke kancah perlakuan seks
  • Anda mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap tubuh anda.
  • Beritahulah ibubapa atau orang yang boleh dipercayai seperti guru atau saudara mara. Masih belum terlewat untuk memberitahu.
  • Melaporkan insiden tersebut kepada orang yang menjaga tempat-tempat seperti berikut :
    • Pusat Khidmat Bersepadu di Hospital kerajaan
    • Mana-mana hospital atau klinik
    • Balai polis
    • Jabatan Kebajikan - perkara-perkara sulit dan maklumat anda akan dirahsiakan oleh pegawai sosial.
    • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's) seperti Women Aids Organizations ; www.wao.org.my & Women Center for Change www.wccpenang.org/wcc
Apa perlu dilakukan jika anda mengesyaki penderaan seks telah berlaku?
Anda boleh:
  • Memberitahu guru, guru kaunseling atau orang dewasa yang dipercayai.
  • Membawa mangsa ke Pusat Khidmat Bersepadu untuk membuat aduan polis dan pemeriksaan perubatan.
  • Memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat.
  • Meminta bantuan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang releven (WAO,WCC)
Apakah yang boleh dilakukan untuk mangsa penderaan seksual?
  • Jangan salahkan mangsa.
  • Menggalakan mangsa untuk melaporkan kejadian tersebut dan terus melapurkannya sekiranya ia berulang.
  • Berikan sokongan emosi dan tempat perlindungan sekiranya boleh.
  • Jika boleh pastikan pendera tidak dapat mendampingi mangsa tersebut. Dalam kes sumbang mahram, pastikan si mangsa tidak bersendirian bersama-sama si pendera.
Bagaimana anda boleh menghalang penderaan seks atau serangan seks?
  • Berhati-hati dalam memilih kawan
  • Jangan keterlaluan dalam kelakuan dan cara berpakaian
  • Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang terlibat dengan kelakuan berisiko tinggi dan melakukan kegiatan sosial yang tidak berpatutan
  • Memberitahu ibubapa kemana anda pergi dan dengan siapa
  • Membezakan antara sentuhan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan (membelai payu dara, peha dan punggung)
  • Perlu diingatkan bahawa badan anda adalah tanggungjawab anda
  • Jangan tumpang kenderaan mereka yang tidak dikenali
  • Jangan terima minuman atau minuman daripada tin yang terbuka yang diberikan oleh orang
  • Jangan terima wang atau hadiah tanpa sebab yang munasabah
  • Jangan melepak pada waktu malam dan di tempat sunyi
  • Elakkan bahan pornografi
  • Elakkan dari orang-orang yang cuba menarik minat anda kepada bahan pornografi
  • Sekiranya seseorang menunjukkan alat kemaluan atau meminta anda menyentuh kemaluannya, jangan beri perhatian tetapi beritahulah orang dewasa yang boleh dipercayai
Apa yang harus dilakukan jika anda seorang pendera seks atau mengenali seorang pendera seks?
Anda perlu meminta bantuan daripada kaunselor, anggota kesihatan, guru, pekerja sosial atau pun mereka yang boleh dipercayai.