Pages

Monday, October 3, 2011

"Status kerja dan kelulusan suami yang lebih tinggi berbanding isteri akan menjamin perhubungan yang lebih harmoni: Setujukah Anda?


ISNIN (5 Zulkaedah / 3 Oktober) : "Status kerja dan kelulusan suami yang lebih tinggi berbanding isteri akan menjamin perhubungan yang lebih harmoni: Setujukah Anda?"
 ·  ·  · 11 hours ago

  • 67 people like this.
  • View 1 share
    • Habiibyy Engta 'Alaiyyaa tidak,,''
      11 hours ago · 
    • Kamar Casyafillas tak jugak. pangkat & harta hanya akan melalaikan jadi biarlah bersederhana, jiwa pun tenang.
      11 hours ago · 
    • Khairul Hakimin Muhammad Ermm... X penting kot. Yang penting status suami dengan Allah taala tu. Kot tinggi mcm mana pun pangkat dia, x reti solat, x guna jugek. Hehe :)) boleh gitu kak siti & encik pian?
      11 hours ago ·  ·  7 people
    • Kamar Casyafillas Tidak setuju :-)
      11 hours ago · 
    • Erliz Rizuan Status & kelulusan suami yg disertakn takwa & diterjemahkn dgn karisma sbg pemimpin keluarga mmg AMAT penting dlm rmhtangga!
      11 hours ago ·  ·  3 people
    • Mohd Nazrin Ab Halim digalakkan, ya. Menjamin? Tidak.
      11 hours ago ·  ·  2 people
    • Nonie Harun Salam Siti dan Pyan. Tq utk topik yg membuka minda ni. Bagi pendapat peribadi saya dan pengalaman melihat ibu bapa saya sendiri begini, saya sgt setuju sebab ibu saya tidak terikat sgt dgn demands kerja. Ada balance antara mereka sehingga ibu dpt berhenti kerja awal krn bapa mampu menanggung kami sekeluarga. Apapun bergantung kpd pasangan utk bertolak ansur. Wallahualam. Tq. Take care ya.
      11 hours ago ·  ·  2 people
    • Mohd Fauzi Tak semestinya begitu... Yang penting saling hormat menghormati peranan masing masing.,. [via Celcom SMS]
      11 hours ago via Mobile ·  ·  1 person
    • Enchek Shah Terima kasih ikim sudah dapat hadiah dari telaga biru..:) saya hadiahkan pada mak..:D
      11 hours ago · 
    • Abdul Lathif Roslee tidak pula pasti
      11 hours ago · 
    • Noraini Yahaya sekufu atau x sekufu serta tinggi rendah pendapatan bukan masalahnya. yg penting, saling hormat menghormati, percaya mempercayai, bertolak ansur , timbang rasa dan sedia memberi dan menerima di dlm semua perkara
      11 hours ago ·  ·  1 person
    • Norzaman Nordin Ya setuju pada dasarnya tapi tidak dinafikan ada yang sebaliknya. Sebenarnya ia terletak kepada kekuatan diri suami. Suami yang gajinya lebih rendah akan menjadi malu pabila berjumppa dengan rakan2 isteri. Tetapi ini boleh dikawal jika suami itu seorang yang hanya takut kepada Allahdan redha kepada Allah. Oleh itu jadilah suami yang beriman.
      11 hours ago · 
    • Mohd Rosdi Abdul Samad Hubungan yg diikat dgn mawaddah dan rahmat kurnia Ilahi shj yg menjamin kerukunan rumahtangga. pun begitu perlu juga dilihat dari satu sudut sbg pelengkap kerukunan
      11 hours ago ·  ·  1 person
    • Arman Bin Kison perlu sekufu ... amatlah perlu ... ada yg kahwin tidak sekufu.. tetapi berapa ramai yang bahagia? bercakap la tentang tolak ansur and so on .. in the end .. bila ada masalah .. bab yg lelaki lemah itu jugak la yg diungkit sehingga kiamat kecil
      11 hours ago · 
    • Mohd Nurshazwan Radzi pd pendapat sy, suami memang seharusnya lebih berjaya dr isteri. suami yg berkerjaya mampu menampung kos sara hidup yg tinggi sekarang ini. isteri pula yg berkerjaya seharusnya meluangkan lebih byk masa di rumah untuk melayani anak2 dan suami. tapi yg paling penting adalah kedua-duanya seharusnya saling memahami antara satu sama lain. barulah dikatakan rumahku syurgaku.:D
      11 hours ago · 
    • Nuratiqahainul Manlan Salam dj siti n dj pian = lau pngkt tinggi tpi solat d abaikn xgna jga, kluarga bhagia mnjdi cpta smua bpa brtnggungjwap ibu pngasih, ank2 taat stia mndngr kta, brkrjasama brtlng bntu d dlm kluarga, Tuhan d smbh syariat praturan kluarga ada mslh sma2 mnyelesaikn nya Al-quran n as-sunnah adalh tmpt rjukan mreka.
      11 hours ago ·  ·  1 person
    • Abu Khawlah Ahmad Tidak setuju kerana keharmonian rumah tangga bukan bergantung kepada itu. Sikap dalam menjalankan tanggungjawab suami isteri lebih mempengaruhi walaupun terdapat jurang perbezaan status kerja dan kelulusan antara suami isteri.
      11 hours ago · 
    • Adib Sufi Pada Pendapat saya, Status bukan lah alasan untuk menjamin perhubungan,
      Sebalik nya, cinta sesama manusia yang ikhlas kerana Allah Adalah faktor utama keharmonian rumah tangga,
      Wang bukan segala nya, tetapi segala nya memerlukan wang,
      Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
      11 hours ago ·  ·  1 person
    • Halimatussa'diah Esa ya setuju..tapi apa yang penting ialah saling meredhai dan dapat menerima pasangan seadanya....
      11 hours ago · 
    • Farah Ramlee Tak setuju. Ambil contoh Rasulullah SAW dan Siti Khadijah. Begitu harmoni dan harta Siti diinfaq ke jalan Allah.
      11 hours ago ·  ·  4 people
    • Kawan Mate faktor iman paling penting, tidak ada nilai semua itu jika tidak ada hukum halal haram atas diri
      10 hours ago · 
    • Nur Zaharah Sangat tidak setuju...
      10 hours ago · 
    • Shaqiq Naim Yg paling penting adalh iman..krn dgn iman melahirkn suasana yg harmoni redha sejahtera wlau dlm ap jua situasi yg d hadapi sng mahupn ssh,sakit mahupn sht..itu lh garis kbahagian sbnr..
      10 hours ago · 
    • Bicara Musafir Realitinya, status suami spt ini akn mbawa kpd keharmonian krn scr fitrahnya ini akn mberi 'respect value' kpd si suami. Ttp pada hakikat syariat sbnrnya kefahaman agamalh yg sebenarnya mjadi dasar keharmonian perhubungn ini, tanpa mengira apa kelulusannya dan status kerjanya.
      10 hours ago · 
    • Nurul Huda Tak setuju...bukan material yang menjadi kayu ukur kebahagiaan berumah tangga...siapa pun isteri dan suami ditempat kerja adalalah berbeza dengan siapa isteri dan suami di dalam rumah tangga...tahu tanggung jawab masing2...menjalankan amanah dengan sempurna..dan menghormati..pasangan...menjamin kerukunan ruamh tangga.
      10 hours ago · 
    • Suryani Mohamad Tak jugak tapi mungkin membantu. Tapi kalau perkahwinan tu dibina atas dasar ibadah kepada Allah, apa2 status pun tidak akan menjadi masalah. Contohilah Rasulullah sebagai seorang suami teladan, dan Ummul Mukminun sebagai isteri teladan, terutamanya Khadijah. R.A. Rasanya status beliau dari segi ekonomi jauh lebih tinggi dari Rasulullah masa tu, tapi baginda tetap bahagia
      10 hours ago ·  ·  2 people
    • Zakaria Ngah Status bukan yg utama. Yang penting adalah persefahaman berdasarkan kehendak agama itu yg lebih utama.
      10 hours ago · 
    • Dalila Nizam Setuju sgt..sbb suami seorang pemimpin. Kalau pemimpin lebih 'rendah' drpd yg dipimpin pasti ada rasa kurang hormat dan meningkatkan ego. Masa sedar, mungkin boleh kawal semua bende, tapi kalau dah emosi semua yg x puas hati keluar..
      10 hours ago · 
    • Suraya Razak Saya setuju dengan Mohd Nazrin Ab Halim. Sekufu digalakkan. Lelaki ada ego. Melainkan imannya mengatasi ego itu, insyaallah tiada masalah.
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Tuan Alexzanderz Leo Gd n bad, klau x mengunkit x pe
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Mohdkarim Maskon Assalam.ada benarnya pendpt ini.apabila terjadi sebaliknya,maka budaya 'queen control' akn menular.apa2 pun ambil contoh Baginda & isteri tersyg Khadijah. [via Celcom SMS]
      10 hours ago via Mobile · 
    • Hezat Ernain Husin setuju sebab umat akhir zaman iman selalunye turun naik kena pulak kaum hawa suke ungkit2 semua perkara. kaum adam pulak tahap kesabaran ade had nyer. jadi kesimpulanye memang si suami mesti lebih dr isteri dan wajib sekufu
      10 hours ago · 
    • Amna Humaira Setuju...tapi pastikan wanita juga setanding lelaki Dalam bekerjaya..
      10 hours ago · 
    • Noor Misiah siapa n apa pun status suami isteri,bahagia adalah dari hati,bersama semai n tuai tiap kepayahan juga kesenangan landaskan tiap onak rumahtangga dengan kembali pada ALLAH,,INSYAALLAH disitu ada keberkatan rezeki dan dicukupkan olehNYA.Dengan ALLAH jangan berkira lakukan yang sama pada pasangan,hidup N hati pasti lebih bahagia seadanya.
      10 hours ago ·  ·  2 people
    • Masida Binti Mahram lebih dituju pada wanita sebenarnyer..pada realiti nya ego memang ada..tp pikir satu jer..bertuahnyer ada lelaki yang sanggup berkahwin dgan kita...n carilah redha suami...rumahtangga lah landasan utk mencari pahala yang banyak...xde masalah sebenarnyer..dan jgan dipikir sgt..pangkat di office xpyah dibawa ke rumah...
      10 hours ago ·  ·  2 people
    • Zaft Frunc status kerja dan kelulusan suami mmg tidak menjamin perhubungan yg lebih harmoni.. tetapi apa kata si suami tu berusaha untuk meningkatkan status diri.. rezeki Allah ada dimana2 dibumi ini.. tinggal nak usaha atau tidak ja.. status dan kelulusan tidak menjamin perhubungan yang lebih harmoni tetapi ia membantu mengharmonikan perhubungan...
      10 hours ago ·  ·  4 people
    • Shami Ibrahim bila seorg perempuan menerima seorang lelaki yg lbh rendah kelulusan dan statusnya sebagai suaminya, dia hendaklah bersedia dengan sebarang kemungkinan yg akan berlaku. redhakn wang/gaji/hartanya utk menolong suaminya sebagaimana Siti Khadijah telah lakukan utk suaminya, Rasulullah S.A.W dn ingatlah SYURGA ISTRI ADALH DI TELAPAK KAKI SUAMI :)
      10 hours ago ·  ·  5 people
    • Shukri Syouqree xjgk..hbistu yg lelakinyer xdpt rezeki mcm isteri, mereka ditemukn dgn jodoh. tu je..
      10 hours ago · 
    • Nurul Kaiyisah Ismail salam...status x penting....,y paling penting ialah agama...
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Fairuz Shamsuddin Setuju jika itu yang difikirkan oleh pasangan tersebut, tidak setuju jika iti yang tidak difikirkan oleh pasangan tersebut.. Byk contoh keharmonian rumahtangga tidak disebabkan status kewangan, tetapi banyak juga ketidakharmonian disebabkan status kewangan tersebut.. Pukul rata, bagaimana keharmonian boleh dicapai ditakrifkan sendiri oleh pasangan tersebut sendiri.
      10 hours ago · 
    • Mohd Afandi Muhamad Saya amat bersetuju,kerana suami sebagai ketua keluarga,namun adakalanya status kerja dan kelulusan isteeri lebih tinggi jadi yang penting ialah sikap bertolak ansur dan pegangan agama yang kuat akan menjamin keharmonian rumahtangga
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Hasmah Abd Hamid suker kalau kelulusan suami lebih tingi dapat berkongsi ilmu....
      10 hours ago · 
    • Jamaliah Jamil Topik yg membuka minda. Lelaki Malaysia kena terima kenyataan bahawa wanita sekarang sudah ramai yg bekerja ~ Jika ada sikap toleransi dan faham peranan sebagai isteri dan wanita bekerjaya serta yakin dengan ganjaran Allah tidak timbul soal ego. Isteri kena banyak bermuhasabah ambillah Siti Khadijah sebagai teladan yg terbaik....
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Jamaliah Jamil Masalahnya lelaki sendiri yang memilih isteri bekerja sementara diri sendiri tidak berperanan sebagai ketua keluarga yg efektif. Wallahuallam...
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Ja Abdullah baik ugama dan akhlak, kemudian barulah kelulusan dan sebagainya
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • M Norsazlan Salim Awal mula pertama mula, dari kenyataan tu sendiri dah jelas jawapannya tidak tepat kerana keharmonian rumahtangga itu bukannya datang hanya semata-mata dari kelulusan suami yg lebih tinggi. Keharmonian rumahtangga haruslah berpaksi kepada sunnah dan al-quran mengikut kehendak syariat islam. 
      Namun tidak dapat dinafikan jika di lihat hanya dari mata kasar dan minda terbuka, secara logik dan saikologinya memang kedudukan suami mampu mempengaruhi keharmonian rumahtangga diantara suami isteri yang bekerjaya. Sebenarnya topic ini amat berhubung kait dengan topic perbincangan kita dua hari lepas dimana isteri pukul suami. Sering dikaitkan dengan perkahwinan yg tidak “sekufu” atau setaraf sepertimana pandangan saya tempoh hari.
      Wa’ahuaklambissawab.
      10 hours ago ·  ·  2 people
    • Anis Tan Assalamualaikum, tiada manusia yg sempurna. Walau bagaimanapun kedudukan mrk, pasti ada kecacatan sana sini. Yg akan menyempurnakannya hanyalah ilmu agama. Klu Al-Quran menjd pegangan & beramal pula mengikut sunnah, insyaAllah...semuanya selamat...
      10 hours ago ·  ·  2 people
    • Noraidin Nordin bergantung kepada individu. Bagi orang awam, suami mesti lebih dominan daripada isteri. Kalau isteri yang dominan payah bagi suami nak tegur isteri. Rumah, kereta, baju pun isteri yang support jadi bila nak mendidik jadi payah + malu. Silap2 isteri yang jdi 1st Lady of the house....
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Hamis Hassan salam. tak setuju....status bukan kayu ukur kebahagiaan..bakal suami sebelum kahwin kena kenal perangai bakal isteri luar dan dalam..kalau boleh hadapi ragam bakal isteri sila teruskan hubungan...kalau banyak sangat sikap yang memeningkankan kepala....ucapkan saja selamat tinggal...masih ada ramai wanita yang lain boleh membahagiakan....carilah redha ALLAH jangan cari redha manusia..
      10 hours ago ·  ·  2 people
    • Nik Nor Azlida X setuju. Tp ia ttp memberi kesan, x byk pun sikit. Lelaki.. Biasala..
      10 hours ago · 
    • Julia Yacub contoh apapun yang terbaik datangnya dari Rasulullah s.a.w. Melihat kepada isu ini, meskipun islam menasihati adanya sekufu dalam perkahwinan utk membawa ke salah satu matlamat kebahagiaan, namun berbalik kepada peranan taqwa itu sendiri yang sebenarnya yang menjamin keharmonian rumahtangga. Rasullullah s.a.w. sendiri memulai kehidupan berumahtangga dengan majikannya sendiri, iaitu isteri baginda yang tercinta Saiditina Khadijah bt Khuwalid, dimana istilah sekarang 'boss' dia. Namun kebahagiaan rumahtangganya terserlah dengan kelahiran anak-anak menambah seri rumahtangga baginda. Maka itulah Uswatun hasanah kita, ketaqwaan sebenar, bukan jawatan atau pangkat, atau apapun yang tinggi pada pandangan manusia hari ini.
      10 hours ago ·  ·  6 people
    • Kamal Md Aroff Islam harus difahami secara keseluruhan. Dalam masalah munakahat islam telah mengariskan jalan yang jelas untuk membina keluarga bahgia dunia akhirat.Kebanyakan perkahwinan kini didorong dari cetusan rasa cinta dari pandangan mata (dari mata turun kehati)yang kesannya melahirkan kecelaruan hidup berumahtangga. Seharusnya perkahwinan itu didorong oleh fitrah yang berlandaskan perintah Allah yang menjurus pada redhanya, sebab itu perkara seperti sekupu dijelaskan dalam bab munakahat.Jika kita mengambil perkara kecil ini dalam urusan pemilihan jodoh segala musibah perkahwinan insyaAllah akan terhidar.Bila kita jadikan agama dijadikan cara hidup kita,kita telah meraih rahmat Allah,hidup penuh sejahtera dan selamat di dunia dan selepas kematian.Oleh itu kita perlu faham kehendak agama buka kehendak kita.
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Suria Suriani Sulaiman Saya stuju dengan Julia Yacub.. Well said..
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Niena Shezleena Hj Safiee Salam. Tak berapa setuju..tinggi mana pun kelulusan atau status kerja suami, kebahagian dan keharmonian rumah tangga terletak pada individu itu sendiri. Sebab diri sendiri yang mencorakkan warna kehidupan berumah tangga tu.
      10 hours ago · 
    • Cik Na Qlate hubungan yg harmoni bkn atas dasar material semata2...tp atas hbgan yg berlandaskan agama...itu yg pling pntg..
      10 hours ago ·  ·  1 person
    • Hasni Suzana Harun Setuju dgn julia yacub....
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Sulaiman Abd Rahman Ya tapi tak berapa ya....ibarat ya yang tidak bertitik......bagi aku ini bukan soal perbezaan tingkat jawatan atau tingkat pendapatan.......ini adalah soal PERASAAn/nafsu manusia....nafsu manusia perlu sentiasa digilap tentang kebesaran dan kemuliaan pencipta nafsu.....usahlah nafsu membimbing kita....biar kita mebimbing nafsu.....baru lah hidup ini tiada taraf dan rupa....hanya rupa yang KEESAAN DAN KERIDHOAN TUHAN yang dituntut.....ini semua ego sombong besar diri ,bangga diri adalah fenomena biasa ....DALAM MENUJU JALAN MENCARI RIDO TUHAN......hehehe3
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Suhazeli Abdullah Mencari ilmu penting demi kebahagian hidup. Tinggi ilmu tak sama dengan banyaknya sijil
      9 hours ago · 
    • Azizah Ahmad jodoh itu di tangan Allah..berusaha untuk menjadi insan soleh dan solehah boleh harmonikan rumah tangga. Amanah yang Allah bagi perlu dilaksanakan dgn sebaik-baiknya... ayat, "maafkan saya, doakan saya" patut diterap dlm rumah tangga, insyaAllah harmoni selamanya.
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Sophy Sufian Sulaiman Tajuk pagi ni sgt2 menarik yg menjadi kesinambungan kepada tajuk 'isteri dera suami' sebelum ni...
      9 hours ago · 
    • Ubaidillah Alias Jika status kerja dan kelulusan suami ini berkaitan dengan kemampuan MENYARA KELUARGA. Maka saya sangat bersetuju. Ini bermaksud, suami yang ada kemampuan menyara keluarga itu lebih dihormati berbanding yang tidak berkemampuan. Agama lebih menyukai lelaki yang berusaha dari yang meminta. Agama lebih menyukai lelaki yang kuat dari yang lemah. Kerana agama tetap menyukai Umatnya yang kaya. Tetapi, menjadi miskin itu tidak semestinya hina. Asalkan bertaqwa dan patuh kepada Allah. Kesimpulannya, adalah wajar SUAMI berusaha menemapatkan dirinya di posisi terbaik. Daripada memberi alasan 'Tak apa ala kadar, asalkan beragama'. Sedangkan agama sendiri tidak bersetuju dengan sikap Bermalas-malasan.
      9 hours ago ·  ·  2 people
    • Siti Nor Ain Kamarudin dalam sesebuah rumah tangga,pangkat dan darjat tidak menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan..yang paling penting sikap saling hormat menghormati, tolak ansur, berkasih sayang kerana Allah dan menerima seadanya pasangan yang telah diamanahkan oleh Allah...
      tinggi atau rendah kelulusan seorang suami itu, isteri itu wajib menghormati suaminya,dan tinggi atau rendah kelulusan seorang isteri itu, suami itu wajib menjalankan amanahnya...sememangnya rumah tangga dibina untuk saling melengkapi antara suami dan isteri.
      9 hours ago · 
    • Md Sadakah Hj Abdullah Tepuk dada tanya iman. Ada pro dan kontra. Pilih di mana kita. Seandainya calon suami tak upaya mengawal bakal isteri yang berpendapatan lebih, ada baiknya mengundur diril saja. Tapi kalau sememang berupaya untuk mengawal kemudi walau bakal isteri melebihi segala2nya teruskan niat itu. Walaubagaimanapun menafkahi isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Jadi keupayaan suami adalah menjadi tanggungjawab suami untuk melunaskannya. Seandainya memang diluar kemampuan dan isteri sukarela untuk membantu soal ego dan dakwa-dakwi tidak timbul. Lantaran itu pilihan yang ditentukan oleh Islam adalah agamanya. Walaupun diletakkan kepada pilihan terakhir tetapi keutamaannya adalah teratas.
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Saizol Ismail Tidak setuju. Ambillah contoh terbaik Rasulullah s.a.w. & Saidatina Khadijah. Rasulullah berjaya 'membayar' segala kekayaan Khadijah dengan Akhlak Baginda. Penghormatan adalah asas dalam hubungan suami isteri. Berapa ramai suami yang berkelulusan dan berstatus namun gagal 'membeli' keharmonian rumahtangga.
      9 hours ago · 
    • Norliza Ismail saya kurang stuju. Tidak semestinya status suami bergaji besar @ jawatan besar akan menjamin keharmonian kuarga. Bagi saya, dalam aspek rumahtangga, status kerja n kelulusan tidak bersangkutan. Apa yang lebih penting adalah kemahiran dia mengetuai kuarga dengan dibantu oleh isterinya. Walau isteri bersttaus lebih tinggi dr suami, klu dia tahu peranan n tanggungjawab dia, Insya-Allah akan harmonilah rumahtangga..Insya-Allah
      9 hours ago · 
    • Zarina Junet Salam Siti & Pian...kami pun nak jugak pepatah arab + melayu yg ustaz baca tadi...tak sempat nak salin...dgr fulusss lulusss aje...nnti share ye jika berkesempatan...:)
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Sophy Sufian Sulaiman Kata2 Julia tu ada betulnya sbb kalau status diutamakan berbanding agama maka secara tak langsungnya kita seolah-olah memandang rendah tindakan Rasulullah
      9 hours ago · 
    • Razila Ismail Bagi pendapat sy keharmonian sebuah rumahtangga tidak terletak pada status suami yang lebih dari C isteri,cuma jika C suami lebih berpangkat dari isteri itu lebih baik,tidak lah isteri jadi "HIdung tinggi". memerintah dan mengherdik suami,walau hanya kesilapan kecil yg lakukan.Sikap suami juga penting, sekiranya suami puyai status yang lebih tinggi.Hargailah C isteri yang sanggup berkorban segalanya demi seorang lelaki yang bernama SUAMI........
      9 hours ago · 
    • Syaza Azrudin alhamdulilah ustaz badlishah punya comment lengkap sgt.tepat ringkas dan sgt bersetuju! Topik mcm ni kena sentiasa diingatkan among org muda. :)
      9 hours ago · 
    • Eskay End Kalau suami beriman dan baik InsyaAllah soal ini tidak timbul.Isteri meredhoi InsyaAllah. Tetapi bagi pihak wanita kena berani mencuba untuk redho dengan suami berpendapatan lebih rendah darinya.Bagi lelaki pula bila sedar keadaan dirinya haruslah berubah.Isteri pula harus membimbingi suami untuk suami jadi lebih positif biarpun agar suami hendak mendengar nasihat isteri.
      9 hours ago · 
    • Jbr Eema Jbr Eema tak setuju. Kalau suami lebih tinggi dr isteri tapi tak beriman, suami akan dgn mudah merendahkan isteri. yg penting, mesti ada iman dlm dada akan menyelamatkan rumah tangga.
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Muhammad Fakhri Naqiuddin smemangnya klau ikut zaman skarang spatutnya status suami harus lbih tnggi krana tanggungjawab utk n kperluan utk menguruskn kluarga tp itu bknlah jaminan utk kbhagiaan rumah tangga.. kbhagiaan rumh tngga brgntung kpd keikhlasan n pnerapan nilai dan prinsip Islam dalam rumah tangga tersebut..
      9 hours ago · 
    • Hana Hj Ishak Tak setuju. Kelulusan dan pangkat bukan jaminan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Yang penting penghayatan agama yang diterapkan dalam rumah tangga. Suami perlu pandai mengemudi rumah tangga. Berusaha untuk tambah ilmu agama.
      9 hours ago · 
    • Muhammad Qiyam Abdul Halim takwa akan bind 2 pihak walau berlainan taraf.
      9 hours ago · 
    • Zainab Hj Hashim status kerje suami lbh tggi atau rendah,pokok pangkal hati dan iman sesaorang..
      9 hours ago · 
    • Junaida Hadir ‎"يُريدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُم ۚ وَخُلِقَ الإِنسٰنُ ضَعيفًا"
      "Allah (swt) ingin memberikan keringanan kepada kamu, dan manusai itu djadikan bersifat lemah"
      "Manusia itu bersifat (lemah) dlm menunaikan tanggung jawabnya yg begitu berat, juga lemah dlm menguasai (nafsunya) dan dlm mencari jln yg sebaik2nya. Kerana itu Tuhan memberikan pimpinan yg benar kpd manusia itu. bukan saja pimpinan akal dan fikiran, juga pimpinan keagamaan dgn jalan wahyu. Tuhan juga (mghilangkn beban2) kewajiban yg diluar kekuatan dan kesanguppan"

      "Status kerja dan kelulusan suami yang lebih tinggi berbanding isteri (tk) akan menjamin perhubungan yang lebih harmoni:)
      1) Agama 2) Tanggung jawab 3) Keekhlasan 4) Menerima apa adenya dantara satu dgn yg laen. 5) Bonus yg selebihnya."
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Razmi Mohammad hakikatnya,ukuran keharmonian apatah lagi kebahagiaan sesebuah rumahtangga bukanlah diukur dr tinggi/rendah kelulusan dan status kerja suami ..totally not ..Jika suami dan isteri masing2 tahu peranan dan tgjwb mereka,itu sudah memadai utk menentukan kebahagiaan rumahtangga mereka ..wallhualam ..
      9 hours ago · 
    • Ismail Dollah Dalam Islam telah menggariskan bahawa 'Lelaki merupakan pemimpin kepada kaum wanita'. Apa tah lagi dalam membina bahtera rumahtangga sakinah. Suami sebagai pemimpin atau ketua keluarga perlulah dilihat dan dirasakan kehebatannya oleh isteri dan anak-anak. Hal ini tidaklah bermaksud suami itu berasa dirinya hebat dan perlu ditaati dalam segala hal, keadaan dan masa. Justeru, kelebihan status bagi pihak suami adalah amat penting bagi menjadikan suami mempunyai kawamah. Para suami yang berkawamah akan lebih dihormati, lebih disegani malah lebih disenangi oleh isteri, anak-anak malah juga keluarga isteri. Oleh sebab itu, agama menyarankan agar mencari pasangan yang kufu bagi menekuni keluarga yang bahagia dan sejahtera, insyaAllah.
      9 hours ago ·  ·  2 people
    • Hanim Amir Salam, tidak setuju kerana status bukan penentu bahagia . Tetapi kedua pihak mesti tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika suami maklum tanggungjawabnya serta taat pada Allah swt .. isteri yang pangkat besar pun akan tunduk dan taat padanya bahkan sanggup berkorban apa jua , semuanya kerana Allah.
      9 hours ago ·  ·  1 person
    • Muhammad Shukri Idris sekufu atau tidak,bukan dinilai pada kedudukan atau pangkat hidup dunia..atau keduniaan...tetapi sekufu itu yg paling utama ialah soal agama mereka..iaitu agama pasangan suami dan isteri...sebab itu dlm soal memilih pasangan Islam menitik beratkan soal agama bukan nilaian kedudukan duniawi...renunglah ayat2 dan pesanan2 Ilahi mengenai alam perkahwinan atau hidup berumah tangga...
      8 hours ago ·  ·  1 person
    • Hana Azwan semua isteri solehah menginginkan suami yang boleh menjadi imam di rumah, yang sentiasa boleh tunjuk ajar, lemah lembut dan penyayang. tidak perlu berkelulusan tinggi. tetapi jika suami boleh menyara keluarga tanpa isteri perlu pergi bekerja amatlah baiknya. sebab isteri itu lebih suka membesarkan anak dan menjaga rumahtangga nya sendiri dari keluar bekerja. seorang isteri yg terpaksa bekerja dan meninggalkan anak, sudahlah menangung beban di tempat kerja, kemudian balik membuat kerja rumah pula. tapi zaman sekarang ni, kalau isteri bekerja baru boleh menampung keluarga bersama, kos hidup sangat tinggi dan meminta isteri bekerja keras di luar.
      8 hours ago ·  ·  1 person
    • Rosslyn Mel Hubungan harmoni suami isteri berlandaskan duniawi..?! Yang kita sasarkan adalah hubungan yg kekal hingga ke syurga. Suami menjadi imam dan ketua keluarga tanpa mengira apakah jawatannya, kelulusannya atau pendapatannya. Selagi Al-Quran dan sunnah menjadi panduan, berbahagialah seisi keluarga di dunia dan di sana nanti.
      6 hours ago · 
    • Fauzi Abas Seruju sangatbiarsatiarsuamii kebih dari istrisebab lelki ni bereokalauisteri di lebih dari dia benganglal dia
      6 hours ago · 
    • Nur Ida W pendapat saya, tak boleh pukul rata ya atau tidak, bergantung kepada karakter suami atau isteri juga

2 comments:

  1. Patut wanita duk rumah. Baru boleh jadi ummu mutiah. Lol. N jika tiada iman, lagilah malu ada bini miskin. Bukankan nabi miskin n khadijah kaya. Sekufu tu camner sebetulnya? Sebab lelaki perlu cari wanita kaya tok jadi bini. Salah 1 dari 4 kategori :)

    ReplyDelete
  2. Patut wanita duk rumah. Baru boleh jadi ummu mutiah. Lol. N jika tiada iman, lagilah malu ada bini miskin. Bukankan nabi miskin n khadijah kaya. Sekufu tu camner sebetulnya? Sebab lelaki perlu cari wanita kaya tok jadi bini. Salah 1 dari 4 kategori :)

    ReplyDelete