sering tertipu dengan 2 nikmat
Hadis Sahih Bukhari
Dari Ibnu 'Abbas r.a., bertanya: Nabi saw. bersabda: "Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), yaitu: waktu sihat dan waktu lapang."
pengajran ringkas
nikmat sihat merupakan nikmat yang tidak semua orang miliki cuba lihat pesakit di hospital terutama yang islam ramai kalangan mereka yang merasa sesal sewaktu sihat dahulu mereka tidak lakukan ibadat kepada allah dengan sempurna banyak masa sihat di habiskan dengan perbuatan yang sia-sia.
nikmat waktu lapang
urusan dunia sibuk umumnya perkara ini berlaku pada setiap orang, ada sibuk mencari harta siang malam semata-mata untuk mencapai kesenangan dan kemewahan hidup. ada yang sibuk dengan dunianya yang langsung tidak ada hubungan untuk mencapai kesenangan di akhirat.
apabila waktu lapang di berikan
ada juga yang salah gunakan masa lapang dengan mencari kesibukan misalnya ada yang berkata nanti pencen kerja saya nak ke masjid untuk lakukan ibadat kepada allah untuk mengganti masa muda yang sibuk dengan kerja apabila sudah pencen ada pula rancangan lain seperti berniaga atau lakukan kerja lain lagi wal hal wang pencen sudah banyak untuk sara hidup lebih dari cukup ..
ada juga kebanyakan orang sering mengucapkan boring hari ni tak ada perkara nak buat, maka syaitan segera berikan ideanya jom tengok wayang, jom lepak di pusat membeli belah, jom ajak awek keluar, dan sebagainya. itulah antara lintasan kejahatan dalam hati apabila allah berikan peluang waktu lapang.
sebagai seornang muslim istilah boring sepatutnya tidak ada apabila ada waktu lapang, kerana matlamat hidup seorang manusia ialah untuk melakukan sebanyak mampu kebaikan dan ibadat kepada allah firman allah
Adz-Dzaariyaat:056
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
( ibadat yang ikhlas) kepada-Ku.
semoga bijak gunakan 2 nikmat ... bersama menilai diri sendiri
No comments:
Post a Comment